Tuesday, May 24, 2011

Banjir Kilat pada 17/05/2011

BANJIR KILAT PADA ( Selasa ) 17hb Mei 2011

Pada 17hb Mei 2011 cuaca diawal pagi agak panas. Namun pada tengaharinya berubah mendung. Hujan turun dengan lebat sekitar jan 1.00 tengahari dan berterusan sehingga jam 3.30ptg. Tinjauan sekitar kampung yang rendah pada jam 4.00ptg air telah naik keparas lutut sekitar rumah En Mohamad bin Yusoff, rumah En Sabari bin Shariff, rumah Puan Che Su binti Che Hat, rumah Puan Salmah binti Saad dan rumah En Mohd Khir bin Harun.

                                                                    Rumah En Sabari bin Shariff bersama dua buah motorsikal beliau.






Rumah En Mohamad bin Yusoff








Rumah Puan Che Su binti Che Hat















Rumah Puan Salmah binti Saad










Rakaman-rakaman video semasa banjir kilat.





Hakisan Tebing Sungai

HAKISAN TEBING SUNGAI KULIM

Keadaan cuaca kini tak menentu. Sejak awal tahun 2011 lagi taburan hujan lebih banyak daripada cuaca panas. Bila hujan lebat air Sungai Kulim akan naik, arus menjadi deras. Keadaan sungai yang bengkang-bengkok akan mengakibatkan struktur tebing sungai yang berpasir diselekoh akan runtuh akibat hakisan arus air sungai yang deras apabila paras air naik.








Tebing sungai disini sudah hampir dengan dapur rumah Puan Siti Aminah.








Tebing disini kelihatan sangat teruk terjejas. Jika tiada tindakan pihak JPS Daerah Kulim akan menjejaskan rumah En Abdullah bin Bidin








Sangkar batu yang telah dipasang bagi menahan hakisan juga tidak mampu bertahan, akibatnya sudah beberapa buah sangkar telah mendap. Jika terus dibiarkan, kemungkinan semuanya akan mendap juga.