Nama penuh Haji Kamarudin bin Ishak. Dilahirkan pada 02-02-1953 di pekan kecil Titi Serong, Parit Buntar Perak, sempadan antara tiga buah negeri iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Dilahirkan dalam keluarga petani. Mempunyai seramai lapan adik beradik. Dua abang meninggal semasa berumur tiga dan empat tahun. Anak ketiga diantar yang hidup. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Titi Serong. Pendidikan menengah di Sekolah Menengah Methodist Parit Buntar Perak aliran Inggeris sehingga tamat tingkatan lima pada tahun 1971. Meneruskan pelajaran di Isntitute Perhutanan Kepong pada tahun 1972 hingga 1974, malangnya tidak dapat menamatkan pengajian kerana kesempitan hidup keluarga. Pendapatan arwah bapa sebagai pesawah dan kerja sambilan sebagai tukang rumah ketika itu tak seberapa dan tidak mampu membiayai perbelanjaan keluarga dan perbelanjaan sekolah adek-adek yang lain.
Balek kampung membantu ibu/bapa yang sudah tua mengerjakan sawah. Atas nasihat serta desakan arwah bapa dan keluarga, masuk berkhidmat sebagai anggota TUDM pada 21 Okt 1975 pada usia 23 tahun. Pada peringkat awalnya latihan rikrut intake 3/75 di TUDM Kinrara, Pucong, kemudian di hantar ke Pusat Latihan Rikrut (PLR) Port Dickson (Special Intake 3/75) selama enam bulan. Setelah tamat latihan rikrut, dan latihan asas ketukangan Alat (Instruments) siri 3/76 selama setahun di TUDM Kinrara, dihantar bertugas di No. 10 Sqn TUDM Kuantan sebagai Instruments Mechanic selama 3 tahun (1977 - 1980). Berkahwin dengan Asiah binti Saad (Jururawat) yang juga kenalan ketika di sekolah menengah ketika berusia 27 tahun pada 30 Mei 1980. Lepas sebulan berkahwin, di hantar berkursus ke Northrop University, Inglewood, California, USA selama setahun pada Jun 1980 hingga July 1981.

Sekembalinya dari USA ditempatkan bertugas sebagai Juruteknik di N0 12 Sqn TUDM Butterworth. Pada 1984 di tumpangkan ke No 11 Sqn TUDM Butterworth hingga ditamatkan tumpangan pada 1989. Bertugas semula di No 12 Sqn sebagai Juruteknik/Jurulatih di Sekolah Sistem F5. Pangkat terakhir yang disandang PW II. Bersara setelah berkhidmat selama 22 tahun dalam TUDM pada 20 Oktober 1998 pada usia 45 tahun.
Setelah bersara membuat kerja sambilan jual dan service komputer. Januari 1998 berkhidmat dengan Sapura Technologies Sdn Bhd (kini Sapura Defence Sdn Bhd) sebagai Juruteknik Simulator selama 10 tahun. Bersara bila usia genap 55 tahun. Menunaikan fardu Haji bersama isteri tercinta pada musim haji 2008.
Di kurniakan 4 orang anak, 3 perempuan dan seorang lelaki. Anak perempuan yang pertama bernam Ainul Adzyani seorang Jururawat, bertugas dan menetap di Kuantan Pahang, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak (seorang perempuan bernama Nureen Syafia dan seorang lelaki bernama Mohammad Fakhrul Hakim). Anak perempuan yang kedua bernama Ainul Syafizan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) jurusan Micro Elektronik lepasan UNIMAP, kini bertugas sebagai Schoolnet Facilitator di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik Padang Serai. Anak lelaki (anak ketiga) bernama Khairul Anuar kini berkhidmat dalam TUDM berpangkalan di TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur sebagai Air Quarter Master (AQM). Anak perempuan yang bongsu bernama Ainul Mazwin masih menuntut di Politeknik Premier Ungku Omar Ipoh, jurusan Kejuruteraan Awam.
Dipilih dan dilantik sebagai Pengerusi JKKKP pada 2008. Tidak bercadang untuk terus kekal memegang jawatan sekarang, cukup hanya satu penggal sahaja yang akan berakhir pada 2012. Akan berundur dari jawatan sekarang pada pemilihan dan perlantikan yang akan datang kepada seseorang yang lebih berwibawa. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment