Tuesday, August 24, 2010

Latarbelakang Kampung Dusun

Geografi :

Susun Atur Kampung
Kampung Dusun adalah sebuah kampung Melayu, terletak kira-kira 02km dari bandar Kulim. Berada dalam kawasan DUN Lunas dan Parlimen Padang Serai. Konsep susun atur kampung - berselerak. Antara kampung-kampung yang berjiran adalah Kampung Tok Rasul, Kampung Paya Tok Betok, Kampung Simpang Tiga dan Kampung Pong Ah Yong. Manakala taman perumahan yang berdekatan adalah Taman Nuri, Taman Merpati, Taman Kedidi, Taman Cenderawasih, Taman Kejora dan Taman Nenas. Terdapat sebatang sungai yang merentasi kampung iaitu Sungai Kulim yang mengalir hingga ke Prai, Seberang Prai, Pulau Pinang. Keluasan seluruh kampung adalah lebih kurang 80 hektar. Keluasan tanah yang diusahakan lebih kurang 65 hektar. Pecahan tanah yang diusahakan adalah saperti berikut :

Perumahan                      :   9 hektar          Tapak IKS/Perniagaan     :   1 hektar
Pertanian/Penternakan   : 50 hektar          Lain-Lain                          :   5 hektar

Kawasan Tanah Terbiar milik persendirian seluas 15 hektar. Sistem parit dan longkang merangkumi 3% keluasan kampung.

Demografi

Terdapat 92 buah rumah yang merangkumi beberapa kategori rumah saperti rumah kayu, rumah separa batu/kayu, rumah batu dan rumah banglo. Jumlah keseluruhan penduduk yang terdiri dari 90 keluarga ialah seramai lebih kurang 860 orang. Majoriti penduduk kampung ini dipopulasi oleh orang Melayu dan beragama Islam. 95% keluarga daripada keseluruhan penduduk ada pertalian saudara. Pecahan penduduk mengikut kaum adalah saperti berikut:

Melayu  -    Lelaki: 340 orang    Perempuan: 380 orang       Jumlah: 720 orang
India      -    Lelaki:   40 orang    Perempuan:   35 orang       Jumlah:   75 orang
Cina       -    Lelaki:   38 orang    Perempuan:   37 orang       Jumlah:   65 orang

Kategori Umur Penduduk:     60 tahun keatas   -   5 %
                                                 40 - 59 tahun      - 20 %
                                                 18 - 39 tahun      - 35 %
                                                 13 - 17 tahun      - 25 %
                                                   7 - 12 tahun      - 10 %
                                                   5 - 6   tahun      -   3 %
                                                 Bawah 5 tahun    -   2 %

Taraf Pendidikan:         Berijazah                 -    14 orang
                                       Diploma                   -    21 orang
                                       Sijil Kemahiran        -      8 orang
                                       Sekolah Menengah   -  427 orang
                                       Sekolah Rendah       -  349 orang
                                       Sekolah Agama        -    24 orang
                                       Tidak Sekolah          -    17 orang

Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR)

Kurang dari RM 700.00  sebulan     -   23 %
RM 701.00 - RM 1800.00               -   67 %
Melebihi RM 1800.00 sebulan        -   10 %
Kegiatan Ekonomi:

Pada awal sejarah Kampung Dusun, mata pencarian utama penduduknya adalah berasaskan pertanian saperti bersawah, berkebun getah dan bertani. Pada masa kini pekerjaan penduduk merangkumi skop yang lebih luas, saperti penternak ikan air tawar, menternak lembu, tanaman tebu dan meliputi sektor kerajaan, swasta, usahawan, perkhidamtan dan perniagaan.

Dalam bidang pertanian terdapat 3 orang pengusaha yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran yang menjana pendapatan tahunan sebanyak  RM 10,000.00 setahun. Empat orang mengusahakan Tanaman Padi secara berkelompok yang dianggarkan menjana pendapatan hampir RM 100,000.00 setahun. Lapan orang penduduk mengusahakan Tanaman Tebu yang menghasilkan pendapatan tahunan RM 18,000.00. Hanya terdapat dua bidang tanah yang keluasannya kurang satu hektar masih dengan Tanaman Getah yang dianggarkan mendatangkan hasil tahunan sebanyak RM 10,000.00.

Ternakan lembu                                                                                                      Tanaman Tebu

Tanaman Getah                                                                                                         Sawah Padi 
Dalam bidang Penternakan seorang usahawan tani muda telah mengusahan ternakan Lembu Tenusu, Lembu Daging dan ternakan Itik Telor yang menjana pendapatan beliau mencecah hampir RM 300,000.00 setahun. Terdapat juga beberapa individu yang hanya menternak lembu daging secara kecil-kecilan yang dianggarkan memberikan pendapatan tambahan mereka sebanyak RM 10,000 setahun.

Selain dari sektor pertanian ada juga yang mengusahakan Dadih Susu Lembu, membuat dan menjual kueh-mueh tradisi secara kecil-kecilan yang membantu pendapatan tahunan keluarga hampir RM 50,000.00.

HAK MILIK PENDUDUK:

Rumah Banglo
RUMAH:    Terdapat 146 buah rumah penduduk (termasuk 55 buah rumah Teres Taman Nuri). 76 buah rumah jenis Sebuah dan 15 buah Rumah Tradisi. Terdapat sebuah Rumah Banglo, binaan rumah batu terdapat 100 buah rumah, binaan Separa Batu/Kayu 31 buah dan Rumah Kayu 15 buah.

   Rumah Batu
Rumah Separa Batu/Kayu
 
   Rumah Tradisi/Rumah Kayu
Rumah Pengerusi


KENDERAAN:  
Kereta           -        55 buah
Motorsikal    -        95 buah
Lori (1tan)    -          2 buah
Van Kilang   -          4 buah
MPV             -          4 buah
Basikal         -         25 buah

KEMUDAHAN  PERHUBUNGAN
Komputer                -   37 buah 
Internet/Jaringan     -   37 buah
Talian Telefon        - 100 buah
Astro                      -   35 buah

                                                                                    Jalan Kampung
Kemudahan Awam & Infrastruktur:
Saperti kampung-kampung lain juga, jalan-jalan yang menjadi laluan utama penduduk telah dinaik taraf dan bertar. 100% penduduk Kampung Dusun mendapat bekalan air bersih yang diuruskan oleh SADA, dan bekalan letrik yang disalurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kemudahan perhubungan dan rangkaian jalur lebar yang disediakan Telekom Malaysia (TM) dan pelbagai syarikat perkhidmatan perhubungan satelit lain.
Antara kemudahan awam lain yang terdapat di Kampung Dusun adalah sebuah Surau dan sebuah Dewan. Disamping itu terdapat sebuah Tabika Kemas dan beberapa buah sekolah berhampiran menawarkan tempat belajar bagi anak-anak penduduk Kampung Dusun :
  Tabika, Surau dan Bekalan Letrik
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malek
Sekolah Kebangsaan Taman Kenari.
Sekolah Kebangsaan Sungai Ular.

Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim.
Sekolah Menengah Tunku Panglima Besar.
Sekolah Menengah Sultan Badlishah.
Sekolah Menengah Taman Kenari.
                                                                               
Bangunan Dewan Orang Ramai
Kemudahan pengangkutan awam saperti bas, teksi dan kereta sewa disediakan oleh beberapa syarikat pengangkutan awam dan swasta.

   Gelanggang Permainan Badminton
 Pondok Hentian Bas dan Teksi

   Bangunan Perniagaan 

SEJARAH
Seperti asal kebanyakan tapak penempatan, sejarah Kampung Dusun juga bermula dengan pembersihan kawasan hutan oleh peneroka awal. Para peneroka awal ini dipercayai menjalankan aktiviti pertanian dan seterusnya membina tempat-tempat kediaman mereka. Penempatan kampung ini seterusnya kian berkembang dan semakin banyak kawasan baru dibersihkan dan dibuka oleh orang-orang yang datang selepas peneroka terawal itu. Setelah beberapa tempoh masa, permohonan untuk mendapatkan geran hak milik tanah yang didiami telah dibuat oleh para penduduk pada masa itu. Dipercayai bahawa permohonan terawal untuk mendapatkan geran hak milik berlaku sekitar tahun 1887. Ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Tuan Hj Ibrahim bin Md Zain (seorang pesara guru yang merupakan orang lama dan juga penduduk tetap kampung ini) dengan merujuk kepada geran hak milik asal yang dimilikinya. Geran hak milik tersebut dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah semasa pemerintahan British.

Proses mendapatkan geran hak milik tanah tersebut mengambil masa selama lebih 30 tahun. Didalam geran hak milik asal yang dikeluarkan itu, tarikh pemberian hak milik dicatatkan pada 27hb Safar 1337 Hijrah. mengikut kalendar masehi iaitu kira-kira 30 tahun selepas permohonan awal dibuat bagi mendapatkan geran hak milik itu dibuat.

Pada masa pemberian geran hak milik tanah itu, nama Kampung Dusun belum wujud lagi secara rasmi. Ini kerana dalam geran hak milik asal itu, nama kampung tidak dicatatkan. Menurut cerita penduduk terdahulu, kampung ini diteroka oleh TOK RASUL. Secara tidak langsung dikenali sebagai Kampung Tok Rasul.

Kemudiannya, sekitar tahun 1948, semasa zaman dharurat melanda negeri Kedah, penyusunan semula telah dilakukan terhadap kawasan-kawasan tertentu termasuk kawasan-kawasan Kampung Tok Rasul. Ini bertujuan bagi memudahkan kawalan terhadap kawasan-kawasan yang diancam pengganas komunis pada masa tersebut. Penyusunan semula tersebut telah menyebabkan kawasan Kampung Tok Rasul itu dipecahkan dan disini titik mula lahirnya kampung baru yang dikenali sebagai Kampung Simpang Tiga (bahagian hadapan hingga ke kawasan berdekatan dengan Keladi) dan Kampung Pattani. Kampung Pattani ini berasal daripada penduduknya yang berketurunan Pattani yang berhijrah dari Pattani ke daerah Kulim, khasnya ke Kampung Dusun melalui jalan air. Penghijrahan itu adalah adalah kesan daripada perselisihan diantara Kerajaan Pattani dan Kerajaan Siam.

Kemudian perubahan nama Kampung Pattani telah berlaku sekali lagi, sebahagian Kampung Simpang Tiga dan Kampung Pattani disatukan dan diserap menjadi satu kampung yang sederhana dan dikenali sebagai Kampung Dusun. Sementara Kampung Tok Rasul dan Kampung Simpang Tiga kekal dengan nama kampung masing-masing walaupun keluasan kawasan-kawasannya telah dikurangkan. Nama Kampung Dusun kekal sehingga hari ini. Oleh yang demikian bolehlah dikatakan bahawa Kampung Dusun adalah serpihan daripada Kampung Tok Rasul. Nama Kampung Dusun ini telah diberikan oleh penduduk-penduduk kampung semasa penyusunan semula kawasan. Nama ini dipercayai dipilih kerana pada ketika tersebut kampung ini mempunyai banyak dusun buah-buahan saperti durian, manggis, rambutan, langsat, duku, rambai, cempedak dan lain-lain.

CARTA ORGANISASI JKKKP KAMPUNG DUSUN.

Penasihat                      :  Pegawai Pembangunan Zon/Penyelaras DUN
Pengerusi                      :  Haji Kamarudin bin Ishak
Setiausaha                    :  En Mohd Shahrul bin Daud
Bendahari                     :  En Muhammad bin Long

Ahli Jawatankuasa       :
1.   En Mohd Radzi bin Hj Ahmad                              - Biro Agama
2.   Pn Wan Fouziah binti Wan Mohammad                - Biro Pembangunan Keluarga dan Wanita
3.   En Adnan bin Sahat                                              - Biro Ekonomi, Pertanian & Keusahawanan
4.   En Mohd Firdaus bin Fadzil                                 - Biro Belia, Sukan dan Rekreasi
5.   Haji Shuhaimi bin Nik Mat                                   - Biro Sosial dan Kebajikan
6.   En Mohd Husni bin Sahat                                     - Biro Perumahan dan Pengindahan Desa
7.   Haji Ibrahim bin Md Zain                                     - Biro Pendidikan
8.   Pn Hjh Asiah binti Saad                                       - Biro Maklumat
9.   Haji Wahab bin Saidin                                         - Biro Keselamatan
10. En Nik Maey bin Hj Ismail
11. En Mohd Khir bin Harun
12. En Mahmud bin Ismail

 Logo & Laman Blog Kampung Dusun
Blog ini hanya memaparkan sedikit maklumat mengenai Kampung Dusun dan ianya masih dalam peringkat permulaan. Insya Allah ianya akan dikemas kini dari masa ke semasa. Sebarang komen daripada pelawat adalah dialu-alukan.

AKTIVITI_AKTIVITI JKKKP Kampung Dusun.

Aktiviti-aktiviti yang pernah dan telah diadakan adalah Program Anak Angkat, Gotong Royong Bina Tapak Tong-Tong Sampah, Gotong Royong Membersih Longkang dan Persekitan Kampung, Penyampaian Bantuan Keperluan Harian kepada golongan yang kurang berkemampuan dan ibu/bapa Tunggal, Jamuan Hari Raya, Majlis Qurban, Gotong Royong Majlis Kenduri dan beberapa aktiviti lain.
Program Pengambilan Anak-Anak Angkat  

 Pelajar-Pelajar Kolej MARA Kulim dan Pelatih-Pelatih Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik.
  
Majlis Gotong Royong Bersama Anak-Anak Angkat

Wajah anak-anak angkat (lapan orang).

 1-Soleha                                                                        2-Wanie
3-Nazeem                                                                       4-Ashraf

5-Adila                                                                           6-Nurul

7-Afia                                                                             8-Siti
Bergambar Bersama-sama Lapan Anak-Anak Angkat
Anak-anak ni mula-mula tu segan-segan sikit, tapi lepas sejam dok borak-borak dengan depa dalam sesi 'ICE BREAKING' ( kalau terjemah pecah ais kot noo..!) mula la .. nak tu nak ni kat abah dan mama depa. Sampai tak larat nak layan. Anak sendiri baru empat orang,  ni .. tambah lagi lapan, dah besarg-besarg pulak tu. Tengok masa depa dok rehat (ada yg lelap) kelilin mama angkat depa, rasa macam anak-anak sendiri, ada hat berebah ataeh riba. Kadang-kadang tu mai dok picit belakang sambil urut tengkok fuuhh ..... rasa lega dapat anak-anak macam ni. Tengok la tu Siti dengan Nurul tu masa nak ambek gambarg pun nak dekat mama.


PAKATAN KAMPUNG DUSUN Bergotong Royong Di Majlis Kenduri Perkahwinan Rumah
En Mohd Radzi bin Haji Ahmad

Wooii.... mai pekena kerak nasik !                                   
Tuu dia... sesekali pekena kerak nasik hangat-hangat setalam macam syok jugak. Pak Su Non (dua dari kanan) kalau kami masak nasik tak dak kerak dia cukop marah... dia kata kami tak pandai masak. Kalau hampa nak tau dia tu memang peminat kerak nasik dari dulu lagi. Pasai tu kot walaupun umork dia dah 80 gigi kuat lagi, rambut seorat uban pon tak dak tau. Sssshhh.... hampa nak tau...... dia tu (Pak Su Non) bomoh pun dia buleh, mengurut pon buleh tuuu........!
 Depa ni pulak... aku tengok dari tadi tak habeh-habeh dok sembang.
 Hah.... hampa basoh pinggan cepat sikit, nak sarong tangan kami dah bagi........! Rokok ? Rokok sorry noo... aku pon dok pekena rokok daun nipah dengan tembakau jawa ja...!
Kacau jangan tak kacau .... tak kacau hangitt..!
Hang masak apa pulak Mat ?  Apa dia.....oooo buborg kacang..... hmmm .... best punya bau ..! 
Ammboooii ......merah sangat la kak oooii...! Depa ni hampa nak taaau... geng mentara pompoan ! Cun-cun dak ?

 
Dia ni pulak pakar buat ayarq.... tu... nampak gaya macam nak buat teh tareeek.... betoi dak.....? Jadi DJ pun dia buleh ooo...!
Depa dua orang tu...dok mengata kat aku                             pa .....!                                                                                        

Sebahagian drpd Anggota PAKATAN KAMPUNG DUSUN. Ketua kumpulan (hat pakai baju biru kolar hijau) Nik Maey bin Hj Ismail. Kami panggie Paklang Nek Mey.   

Majlis Jamuan Hari Raya 2009  

Jamuan tengahari semasa persiapan bagi mengadakan jamuan hari raya diperkarangan Surau Al-Mahmudiah Kampung Dusun. Kelihatan Pak Imam orang yang pertama mengambil juadah. Buat kerja apa pun perut mau jaga jugak kan. Betoi dak pak imam ? Beetooooiii.... !

Begitu bersemangat kaum-kaum ibu ini, sentiasa sedia membantu jika diperlukan.
Daging dah siap dipotong, hanya tunggu tukang masak saja lagi. Tunggu sat.... depa tengah makan kot...!
Potong sayur tu.. mata jangan tengok kelain... sat gi terhiris jari... kan berdarah.... takut ada sapa-sapa jadi Raja Bersiong pulak kat kampung nie..!
Hangpa pon sama jugak..., kupaeh buah tu molek-molek sikik no..!  
 Ooiii... tolong dia ni oooii ! Eleh... tak kan tungku besarg tu tak larat angkat kot. Hang jangan buat lecey ..no.  
Tengok chef Omar tomeh bawang ... nak masak nasik minyak la tu.... ! Dia kata Chef Wan tu dulu belajag masak kat dia..!
Hampa tengok nasik minyak hak Chef Omarg masak ...., boleh tempah buat kenduri Dak ?    
Tuu dia... gulai dagin pun siap masak dah, nie hat buat ayarg liork aku meleleh nie...! 
 
Rendang ayam hampa tunggu sat lagi no... tak masak lagi, kuah boleh ambek kalau ndak.
 
Oooo...dia nie pon tukang masak jugak !
 
Sambil hireh buah lai tu...sambil boh dalam mulut pon tak pa aaeehh !
 Depa nie... memang pakar bakark lemang !
 
Nampak macam susun meriam katak.., bederet !
 Kak ooiii ... lemang nie kami tak juai, nak makan malam nie, kak mai la noo..!
 Hang dok belek apa pulak dah......., semua lemang nie gerenti best punya ...!
 Awatnya Lan..? Tak boleh tarik keluarg isi lemang ka ? Payah-payah ambek golok... takek pi, dak pon hang belah dgn kapak.
 
Kupas temikai pulak dah.....!
 Ayark temikai..... ayark temikai..... ayark temikai !
Dia menega ayarg temikai kot !
 
Budak-budak la yang paling seronok bila raya nie..!
 Ooii laksa pon ada jugak   hhmmmm best nie !
Antara tetamu yang paling awal sampai ...! 
 
Muka dia nie... macam aku pernah jumpak ... kat mana tak tau... nanti aku pikiark sat.... !
 Makan dik... makan, jangan segan-segan.
 Tambah lagi... tambah lagi jangan malu-malu !
 Hang kernyeh pasai apa... tunggu apa lagi... pi balun la...!
 Laa.... muka dia lagi...., oooo baru aku ingat.... budak Naka.... suku sakat raja Bhumiphol (raja Siam). He..he..he... jangan mare...!
 Hai kak Ani..... che abang mane..?
 Begitulah gelagat warga Kampung Dusun kalau ada buat apa majlis pon, satu kampung pakat mai tulong sorang sikit. Hat kerja... depa hulork duit, hat tak kerja depa hulork tenaga... !

Pasai tu ..... budak Naka tu seronok mai Kampung Dusun. Dia pun BAGUIH  jugak oooii....!!

                                                                     
Aktiviti-Aktiviti lain yang diadakan sepanjang Ramadhan 1431 disamping menunaikan solat tarawikh berjamaah antara lain:

Majlis Berbuka Puasa dan Moreh
Haai... cikgu Brahin... dok temberang apa tu...sampai kat pak imam pun nak kelentong jugak ?

Hai makcik pakcik depa tak jamu apa-apa kaa ...?
Tadarus Al-Quran Remaja dan Dewasa
Adek oii...orang lain dok mengaji yang hang dok melengung pasai apa ? Teringat mak we ka.....!

Bakar Lemang dan Kacau Dodol

Ini geng tukang kacau dodol. Peringkat awal ni memang seronok, relak je..., boleh duduk sambil sembang pun tak apa.... tak la kalut sangat. Tengok la yang sorang tu sampai tak perasan tayang kepala lutut kat semua orang.

Yang sebelah kanan ni nampak la bersungguh-sungguh sikit......tidak pun saja eksyen nak kata dia terer kacau dodoi. Yang kat belakang tu...... tak perasan pulak dia buat apa. Tok bomoh kot ! Nampak macam dok baca 'something' mintak bagi lambat masak kot.... haaa..... baru padan.... nak tunjuk terer kat aku no...!

Ooi ..... depa dok belengaeh kacau dodoi..... hampa ni baguih punya dok sembang no... mana aci lagu ni ... tak patut betoi la hampa ni. Dodoi ndak.... tolong kacau tak mau !
Cuba hampa tengok hat sorang ni punya pulun kacau......, becerau peloh...... sampai telondeh baju la dia.... ihh..ihh..ihh.... keesiaaaaaan ! Ooooiii.... jaga-jaga peloh hang.... jangan sampai meleleh masok dalam kawah dah laa.... dodoi tu.... aku rasa tadi.... garam dia cukup dah..., jangan tambah masin peloh hang sudah la noo....! waktu ni tengok jam dah dekat pukoi 4.00pagi. Dodoi tu masak dah...... pasai tu .... kawan kita hat hang sorang ni sampai telondeh baju ! Jangan sampai telondeh kain  oooi....haa... baru cempera semua !
 Adek-adek ni baguih-baguih semua..., tak macam bebudak lain dok gila main mercun. Depa ni suka tengok orang tua-tua dok buat kerja. Tengok la... semua dok kernyeh ja bila ambek gambag depa.

Ucapan raya Drpd Pengerusi JKKKP.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

2 comments:

Hj Kamarudin bin Ishak said...

This page still under construction !

che_din said...

Usaha yang bagus bagi membolehkan kawan2 lama mengetahui perkembangan terkini. Kurang2nya boleh menatap wajah terkini bagi lepaskan rasa rindu dan kenangan dulu2 masa berkhidmat di TUDM Butterworth.